
“Saya memutuskan untuk berehat sebentar dari media sosial buat sementara waktu. Tetapi saya masih menulis kapsyen pada laman sosial saya cuma saya tidak mengendalikan akaun peribadi itu.
“Saya mahu membetulkan semula minda dan keutamaan saya sebelum kembali ke dunia maya ini. Media sosial memberi kesan yang sangat negatif buat diri saya dan sebab itu saya harap dapat menjauhkan diri buat sementara,” ujarnya menerusi Instagram.

“Saya mahu mengamalkan perbualan dan perbincangan sebenar dengan orang sekeliling dan bukan sekadar fizikal dengan mereka tatapi bercakap dengan orang lain dalam talian.
ambah penyanyi lagu Tanda Tanya ini yang berusia 23 tahun ini, internet memudahkan seseorang untuk mendapatkan maklumat dengan mudah tetapi juga memberi rasa tidak puas hati dan keraguan terhadap diri sendiri.
Apapun Hangat.com senantiasa akan menyokong Aisyah dalam industri hiburan. Semoga Aisyah cekal dan tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. YOU CAN DO IT AISYAH!