Malah ada juga menganggap Zul tidak seharusnya berposing seperti itu kerana Farah dan Zul bukan mahram untuk bersentuhan ketika bergambar.

Bukan itu sahaja , malah gambar mesra ini telah mencetuskan pergaduhan di antara peminat artis kesayangan mereka. Ada juga yang membanding-bandingkan kemesraan kedua selebriti ini dengan pelakon dan pengacara Neelofa.

Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang memuji tatkala melihat mereka berdua seolah-olah mereka secocok jika menjadi suami isteri.

Namun Hangat.com ada terbaca di Mstar Online, di mana Farah akui dia masih single dan belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.
Farah berkata mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerjaya membuatkan dia tiada masa untuk mencari teman lelaki.
Bagi Hangat.com, mungkin sebenarnya Zul tak sengaja untuk memeluk pinggang Farah seperti apa yang di dakwa oleh orang ramai. Mereka sebenarnya sudah rapat sejak menjayakan drama popular Titian Cinta. Doa kan yang baik-baik aja!