Peminat Bergaduh Di Instagram
Perang Komen
Namun begitu, susulan daripada muat turun ulasan kami di Instagram, ternyata kedua-dua peminat selebriti ini tidak berpuas hati dan saling bertelagah antara satu sama lain di Instagram Hangat.com. Hampir 200 komen dilihat pada ruangan itu kerana masing-masing ingin mempertahankan selebriti kesayangan mereka.

Neelofa Mahu Neutral

“Tak ada apa jadi pun, sebenarnya. Saya rasa yang lebih-lebih ialah orang di media sosial. Saya tiada ada-apa masalah dengan sesiapa dalam industri. Industri ini sangat kecil, kami akan terserempak juga, majlis itu, majlis ini, nampak juga muka yang sama. Saya tak ada peseteruan dengan sesiapa”
Tambah Neelofa, dia tidak kisah jika Fazura tidak jadi kawannya cuma tidak mahu sebarang masalah dan bersikap neutral.
Jelas sekali kekecewaan terpancar pada Neelofa kerana mereka di luar sana yang terlalu ‘berlebihan’ walhal kedua-dua selebriti ini tidak mempunyai sebarang masalah.
