Tidak terkecuali, pelakon jelita Fatiha Latiff turut meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir masyarakat lagi-lagi media yang tak habis-habis menghangatkan isu ini sehingga telah mencetuskan pergaduhan.

Bagi kami di Hangat.com, dalam hal ini sebegini menunjukkan betapa masyarakat begitu hampir dengan keterbukaan untuk mencaci tanpa melihat kelemahan diri sendiri. Isu kecil pun nak kecoh-kecoh kan? Sama seperti apa yang diluahkan oleh Fatiha ini.

Apa-apa pun, rasanya pembaca Hangat.com sudah mengetahui bahawa Zaihani mengaku salah dan mohon maaf atas kenyataannya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.
Menurutnya, dia tidak berniat langsung menyentuh sensitiviti orang mengenai berat badan sebaliknya merujuk kepada situasi dialami di sebuah pertunjukan fesyen ketika itu. Sama-sama lah kita memaafkan orang lain. Jangan seronok nak hentam jer!