Zarina Anjoulie Bengang
Bukan setakat netizen, malah pelakon Zarina Anjoulie juga dikatakan masih bengang dengan pasangan ini. Menerusi Instagram nya, Zarina telah ‘mengherdik’ Ude dan Izreen kerana Hangat.com difahamkan dia masih trauma dengan kes-kes demikian yang telah berlaku terhadap orang terdekatnya.
Terdahulu, Zarian turut meluahkan sokongannya pada bekas isteri Ude, Intan Liana dan turut bersimpati dengan mana-mana wanita senasibnya.

Ude Dan Izreen Tidak Sensitif?
Dalam perkembangan lain, ramai berpendapat Izreen dan Ude tidak sensitif kerana terlalu menunjukkan kebahagiaan mereka meskipun Ude dan bekas isteri, Intan Liana baru sahaja bercerai.
BACA Izreen Azminda Dan Ude Wahid Kini 'Kembali' Di Instagram

Bagi kami, ada benarnya kerana bercerai itu samalah seperti kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya yang turut mempunyai masa untuk berkabung bukan?