Hampir setiap bulan ada sahaja kontroversi yang terpalit pada pelakon dan juga pengacara popular, Neelofa. Terbaru, pengacara ini sekali lagi menjadi bahan kecaman netizen gara-gara mempromosikan sebuah produk ubat tinggi di Instagram nya.


Hilang Standard?

Ada sahaja yang mengaitkan muat turun gambar produk tersebut dengan Neelofa. Ada yang menganggap ianya sebagai mengarut dan tidak kurang juga ada yang menganggap Neelofa sudah hilang ‘standard’ nya.Manakan tidak, Neelofa sebelum ini tidak pernah membuat ulasan produk (product review) di Instagram nya seperti selebriti dan juga penggiat sosial media yang terkenal.

Dikecam Hebat

Perlu diingatkan, bukan Neelofa sahaja yang pernah mempromosikan produk tersebut namun selebriti lain seperti Aiman Hakim dan juga Fattah Amin sendiri pernah mempromosikan produk yang sama konsepnya.

