
Mengakui berasa sedih dan kecewa dengan komen serta status yang bercakap mengenai rupa paras Neqarl, Nora turut terkesan dengan komen tersebut sehingga adakalanya dia menangis melihatkan wajah anaknya itu menjadi bualan para netizen.
“Saya juga manusia biasa bila tengok orang mengutuk fizikal diri saya, saya boleh terima. Tapi untuk anak saya yang baharu dilahirkan suci seperti kain putih pun mereka kutuk, sudah tentu saya menangis Semestinya saya berasa sangat emosi. Kalau terjadi pada orang di luar sana pun pasti mereka akan menangis. Benda (buli siber) ini harus dihentikan,”
Nedim Beri Semangat
Namun begitu, menurut Nora dia bersyukur kerana suaminya banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk menghadapi komen-komen yang sedemikian.
