Program ‘Dakwat Di Jari’ (DDJ) berbentuk bual bicara akan disiarkan secara langsung setiap hari pada jam 5 petang selama satu jam di TV9 mulai Hari Penamaan Calon sehingga sehari sebelum tarikh mengundi.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Mohamad Ishak, berkata, DDJ adalah satu-satunya program bual bicara politik khas untuk wanita, dikendalikan oleh generasi kedua pengacara dan wartawan penyiaran.

Bakal dikendalikan oleh pasangan muda pembaca berita yang popular, Mas Zharif Aziz Desadan Hawa Rizwana Redzuan, program ini dijangka mendapat sambutan baik daripada penonton pelbagai peringkat. Mas Zharif adalah anak sulung kepada bekas wartawan dan pengacara popular, Allahyarham Aziz Desa manakala Hawa Rizwana yang dikenali dengan iras wajah seakan Neelofa, adalah anak kepada pengacara dan pensyarah komunikasi Dr Ahmad Redzwan Abdul Rahman.
Antara topik menarik ialah:
1. Berita palsu dan kesannya terhadap cara pengundi wanita membuat keputusan
2. Ikon wanita dalam politik
3. Apa pengundi muda mahu?
4. Psikologi dan emosi pengundi wanita
5. Kedudukan wanita dalam Kabinet
6. Wanita tak lupa janji
7. Pengaruh wanita dalam PRU14.
8. Proses pilihanraya bersama SPR.
Pada PRU14, wanita dijangka menjadi penentu kepada kemenangan calon calon dari parti yang bertanding kerana peningkatan bilangan yang ketara. Menurut Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), sejumlah 14,968, 229 pengundi berdaftar setakat ini.

Daripada jumlah itu, lebih 51 peratus adalah pengundi wanita termasuk mereka yang bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk kali pertama.
Selain Dakwat Di Jari, TV9 turut membariskan banyak liputan menarik dan terkini sepanjang tempoh PRU14. Ini meliputi siaran langsung pembubaran Parlimen, siaran langsung sidang media oleh SPR bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, pelancaran manifesto parti dan siaran langsung keputusan PRU14.
Fazura dan Mas Idayu Jadi Tetamu Undangan

pelawak Sherry Al Hadad, artis Fazura dan penyanyi Mas Idayu. Program Dakwat Di Jari diterbitkan bersama oleh Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa MPB dan Primeworks Studios.