Malah dalam satu kenyataan lain, Zaihani turut menulis komen berbaur hasutan mengenai pelakon Rozita Che Wan dan menuduh pengurusnya yang dikenali sebagai Afeeq punca segalanya.

Tidak lama kemudian, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta memuat kenyataan balas dengan menegur pengkritik fesyen itu secara terang-terangan di Instagram miliknya.

“Kami okay sahaja dan saya tak pernah berdendam dengan dia. Saya tak suka gaduh dengan orang. Sebab dia ‘petik’ nama saya, sebab tu saya buat komen balas Sebelum ni tak ada masalah pun, tak patutlah dia keluar kenyataan sehingga mengaitkan pengurus saya, dia dah buat permohonan maaf tapi menghasut pula suruh orang lain jangan taja baju untuk saya,”
Tidak Perlu Kritik Orang Lain

“Apa yang dia cakap itu salah dan saya rasa perlu tegur tentang hal itu. Sebelum ini dia juga mengata orang, tapi orang tak tahu nak bersuara. Lagipun awak siapa nak menghakimi orang gemuk ke apa sebab orang lain tak judge usia awak pun,”
Diharapkan isu ini akan habis disini sahaja kerana sosial media sekarang semakin membimbangkan. Apa-apa sahaja status berkemungkinan menjelaskan sesuatu tanpa kita sedari.