Umumnya, seluruh rakyat Malaysia sudah mengetahui Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya berjaya mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Anwar sebelum ini berhadapan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Foto: Independent

Pembebasan Anwar menandakan berakhirnya episod 20 tahun beliau keluar-masuk penjara dan bermulanya penyambungan kerjaya politik pemimpin yang disebut-sebut bakal menjadi perdana menteri.
Berita gembira ini turut dikongsikan oleh beberapa orang selebriti menerusi Instagram. Jom kita lihat apa kata mereka!
1Abby Abadi
Bekas pelakon Abby Abadi berkongsi rasa syukur dengan pembebasan Anwar menerusi akaun Instagram miliknya. Abby menyifatkan Anwar sebagai satu dalam sejuta. Walaupun dirinya dipenjara setelah sekian lama atas tuduhan yang direka-reka malah difitnah di caci maki, beliau tetah gagah berjuang demi negara.

2Fedtri Yahya
Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, Ahmad Fedtri Yahya, menganggap pembebasan ini sebagai hadiah Ramadan buat seisi keluarga Anwar.

3Yassin Sulaiman
Penyanyi dan komposer lagu irama nasyid terkenal Muhammad Yassin Sulaiman atau Yassin mengucapkan selamat kepada Anwar selepas berita pembebasan beliau. Yassin akui sangat kagum dengan ketokohan Anwar dalam meperjuangkan keadilan demi rakyat dan negara.
4Datuk Seri Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tidak ketinggalan berkongsi rasa gembira dia atas pembebasan Anwar. Dengan menulis kapsyen ringkas, ‘Inilah Perjuangan’, ia cukup menggambarkan betapa kagumnya Siti terhadap perjuangan Anwar untuk membela nasib rakyat Malaysia.

5Datuk Fazley Yaakob
Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak melepaskan peluang untuk berkongsi berita gembira di atas kebebasan Anwar menerusi akaun Instagram miliknya. Fazley menyifatkan pembebasan Anwar juga merupakan hari kemenangan seluruh rakyat Malaysia.