“Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hati ini.
“Adakah awak Tweet sekadar untuk mendapat RT atau memang nak fitnah saya?” soal Elfira.
Netizen memetik nama Elfira selaku individu rapat dengan Nazim menjadi punca runtuhnya mahligai yang dibina pasangan Nazim dan Bella. Malah, Elfira dikatakan bertindak sedemikian selepas ikatan pertunangan dengan Sufian Suhaimi putus beberapa bulan lalu.Walaupun berhadapan tuduhan melampau sebegitu, namun peminat El nyata tidak termakan dengan sebarang provokasi. Ada berpendapat Elfira hanyalah rakan baik kepada Nazim dan Bella selama ini dan berkemungkinan hubungan rapat mereka disalah erti.

