
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Siti Nurhaliza di Instagram baru-baru ini, Siti Nurhaliza berkongsi harapan serta mendoakan agar negara Malaysia terus aman sejahtera serta dilindungi daripada segala anasir jahat dibawah kepimpinan Tun M.
Jumaat yang mulia ini , doa saya moga Allah SWT terus melindungi Malaysia drpd anasir jahat & terus aman damai di bawah kepimpinan Ayahnda yang kami sayangi @chedetofficial bersama Bonda Tun Siti yang setia menemaninya. #malaysiakutercinta #malaysiabaru
Anak Tiri Siti Nurhaliza Diugut !
Muhammad Asyraf bin Khalid yang merupakan anak tiri kepada Siti Nurhaliza dan juga Presiden Generasi Bersatu Malaysia telah meninggalkan komen pada posting Ketua Pemuda Bersatu iaitu Syed Saddiq dengan mengucapkan terima kasih kerana bersikap terbuka untuk mendegar suara rakyat.

Pada masa sama, Asyraf juga turut mendedahkan bahawa dirinya pernah diugut hanya kerana Asyraf pernah memuat naik gambar bersama Syed Saddiq di media sosial sebelum ini. Asyraf juga diberi amaran untuk tidak menunjukkan sokongan secara terbuka kepada Syed Saddiq jika sekiranya tidak mahu sesuatu yang buruk akan berlaku.

Asyraf juga menyoalkan bahawa Siti Nurhaliza tidak lagi kelihatan di saluran TV3 semenjak Siti Nurhaliza pernah bersuara tentang kerajaan terdahulu. Woww, Hangat.com tak sangka Siti Nurhaliza pernah di”gam” di TV3.

Hangat.com berharap agar seluruh keluarga Siti Nurhaliza sabar dengan segala dugaan yang menimpa sebelum ini. Semoga negara Malaysia aman sejahtera selepas ini dibawah kepimpinan Tun M, aamiin!