Perkara itu diakui oleh penonton menerusi ruangan komen sedutan video terbaru drama berkenaan yang dimuat naik oleh Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggi Ogy di akaun Instagram (IG)nya.
Salah seorang peminat ini meluahkan rasa menyampah dan sakit hati melihat perangai Ilaina yang suka memporak-perandakan kehidupan orang lain.
Namun, kata-kata yang diluahkan oleh penonton setia ini seolah-olah tidak disenangi oleh Ogy kerana agak keterlaluan. Hal ini bermula selepas Ogy menulis kapsyen dalam sedutan video itu,“Follow Your Heart Ili..” (Ikut kata hati Ili). Kata-kata ini telah dibidas kerana ia tidak wajar untuk disampaikan watak Ilaina dalam drama ini.
Susulan dari luahan tersebut, Ogy membalas dengan memberi sedikit teguran kepada penonton ini.

Drama ini sudah mula disiarkan sejak 14 Mei yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria.