Jika kebanyakan wanita lain mengambil masa untuk merawat hati yang lara, namun pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu itu memilih untuk melupakan memori lama dan menghabiskan masa dengan kerjayanya.
Terbaru, desas-desus mengatakan gadis berusia 23 tahun itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani.
Menerusi laman Instagram ahli perniagaan itu, beliau telah memuat naik beberapa keping gambar sempena hari jadinya yang ke-33 di sebuah restoran mewah di ibu kota.
Turut kelihatan pelakon tersebut yang kelihatan mesra bersama Naib Presiden kumpulan Mofaz itu untuk menemani makan malam bersama.