Menerusi beberapa keping gambar bersama heronya, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu mengakui wajah kecantikan ‘wanita’ yang dimilikinya telah diwarisi daripada bapanya, Kamaruzzaman.
Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut tidak dipersetujui oleh netizen sebaliknya rata-rata menyatakan wajah lebih kepada kelakian dan merupakan acuan dari bapanya.

Nur Sajat Jawab Usikkan Netizen
Namun pemilik perniagaan emas Nur Sajat Gold itu turut membalas kembali golongan yang cuba menafikan ‘kewanitaan’ dirinya dengan menyifatkan mereka sebenarnya ‘mulut jahat’.
Selain memiliki wajah seiras, Sajat berkata, bakat dalam dirinya yang pandai berniaga sebenarnya datang dari bapanya.
