Kenyataan itu dibuat Zainuddin selepas mendakwa tiada dalam kalangan ahli profesional terkemuka dunia yang terhasil menerusi pendidikan yang menggunakan bahasa Arab sebagai pengantara.
Melihatkan kenyataanya itu, ternyata ianya menimbulkan kemarahan netizen terutama bagi mereka yang beragama islam. Bukan sahaja netizen, malah pelakon dan pengarah Syamsul Yusof turut berasa marah dan kecewa kerana bahasa ‘syurga’ itu diperkotak-katikkan dan menyentuh sensitivi kaum serta agama Islam.
Melihatkan pandangan Syamsul, rata-rata netizen turut berkongsi pendapat selain menyifatkan Zainuddin sebagai melampau kerana melibatkan isu tersebut. Seperti yang kita ketahui, Syamsul begitu menitikberatkan nilai agama malah dalam filem dan lagunya juga mempunyai maksud yang tersirat dan penuh dengan pengajaran.
Syamsul Yusof Terkilan Dengan Zainuddin

Netizen Sifatkan Zainuddin Sebagai Melampau
