
Ibu Aliff Sediakan Juadah Khas Untuk Shahida
Dalam perkembangan lain, ibu kepada Aliff iaitu Rozita Ibrahim dikhabarkan telah menyediakan juadah khas untuk Shahida.Malah tatkala menerima khabar gembira mengenai kelahiran cucunya, Rozita menerusi Instagram nya telah memuat naik beberapa video mengenai persediaan juadah berpantang khas untuk menantunya itu.
Dedah Sikap Sebenar Shahida
Menerusi Instagram nya juga, Rozita dilihat telah mendedahkan sikap sebenar Shahida yang selama ini tidak diketahui umum. Dia menyifatkan menantunya itu adalah seorang wanita dan isteri yang baik untuk Aliff.Malah Rozita juga telah mendedahkan sebelum Shahida menjadi menantunya, dia terlebih dahulu memerhatikan sikap sebenar isteri usahawan itu yang menambat hati mereka sekeluarga.“Bagaimana Ida menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia menjadi staf saya lagi..”