Aishah Simpati Dengan Haqiem Rusli

“I felt so sorry for him.Come on guys,despite his fame, he is a kid.Give the guy a break!!”
Sakit Hati Apabila Fizikal Dikutuk
Menurut Aishah, dia sedih apabila terdapat netizen yang menghina fizikal Haqiem. Meskipun sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan, bagi Aishah sehingga ke hari ini dia masih lagi tersinggung sekiranya terdapat sesetengah netizen yang mempermainkan perasan serta mengutuknya.
“You all mungkin mengejek2 kutuk dia menangis bila dikutuk gitu tapi percayalah menghina rupa, wajah dan bentuk seseorang itu satu mental torture. Karen Carpenter mati akibat anorexia kerana mental torture yg dialaminya apabila wartawan mengkritiknya terlalu gemuk. So please don’t be so hard on the guy. Kita kena support artiste kita,nak jadi artiste berkualiti ambil masa dan semua pun akan at some point make mistakes or say the wrong things. “
Tambah penyanyi ini, perkara seumpama inilah yang mengundang insiden yang tidak diingini seperti bunuh diri dan sebagainya. Malah sekiranya perlukan nasihat dan bimbingan Aishah sedia membantu Haqiem