Kisah Cendol Beri Inspirasi Buat Netizen
Menurut Aisyah, dia dan adik beradiknya sejak kecil lagi banyak menghabiskan masa di gerai cendol milik keluarganya yang diusahakan sejak lebih dari 20 tahun lamanya. Malah hasil daripada jualan cendol itulah mereka dibesarkan dan ada ketikanya mereka turut membantu ibu dan bapa berniaga.
Neelofa Beri Kata Semangat Buat ‘Ecah Cendol’
Kisah remaja yang tular itu bukan sahaja memberi inspirasi pada netizen, malah selebriti terkenal, Neelofa turut kagum dengan semangatnya.
Malah, pengacara MeleTOP itu turut titipkan kata-kata semangat buat Aisyah selain mendoakan agar segala urusan dia sekeluarga dipermudahkan. Semoga kisah ini akan turut memberi inspirasi buat anda!