PU Amin Mohon Boikot Produk Safiey
Terdahulu, tular sebuah video di mana menyaksikan pendakwah, PU Amin memuat naik sebuah video yang menegur Safiey atas perbuatan dan tingkah lakunya persis seorang wanita. Malah pendakwah itu turut memohon kepada netizen supaya memboikot segala jenama yang melibatkan usahawan itu supaya dia sedar dan insaf atas perbuatannya.Pengurus Safiey Beri Amaran
Melihatkan pada video itu, beberapa suntingan kenyataan dan komen balas dari pengurus Safiey turut tular di media sosial. Antara kandungan kenyataan itu termasuklah menegur perbuatan pendakwah itu yang dilihat lebih kepada menjatuhkan nama baik syarikat mereka.Tambahnya juga, dia telah hilang hormat pada PU Amin serta mengharapkan video tersebut dipadam dari akaunnya.

Safiey Bakal Writ Saman 5 Juta
Dalam perkembangan lain, Safiey telah menyangkal bahawa gambar-gambarnya yang dilihat bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Shah James adalah gambar pra perkahwinan mereka.
Jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan memfailkan writ saman berjumlah 5 Juta kepada individu tersebut.