
Anak perempuan kesayangan Shah Rukh Khan ini mungkin tidak begitu dikenali dalam dunia hiburan Bollywood. Atas sebab demikian, ia mencetus kritikan di kalangan netizen. Nampaknya, segelintir besar di kalangan pengguna sosial media tidak bersetuju dengan pemilihan Suhana.

Ini kerana netizen menganggap pilihan Suhana Khan bukan sahaja tidak membawa apa-apa makna malah tidak relevan kecuali kerana dia anak kepada King of Khan, Shah Rukh. Namun berbeza pula dengan si bapa yang amat bangga dan berpuas hati dengan paparan wajah anaknya di kulit muka majalah itu.
“Memeluknya dalam dakapan lenganku semula, terima kasih Vogue. Kasih sayang yang tak sempurna, kecuali ketika mendakap anak. Jadi, ingin saya sampaikan rasa cinta dan pelukan untukk anda semua. Halo Suhana Khan!, tulis Shah Rukh Khan di laman Twitternya.
Sumber : Vogue India & Twitter Shah Rukh Khan