Sememangnya GV5 terlihat terlalu banyak drama, memandangkan penajanya adalah usahawan kosmetik dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri. Siapa tak kenal dengan strategi pemasarannya yang gemar cetuskan drama dalam media sosial.
Dipendekkan cerita, kes Aliff yang tidak dapat menari bersama rakan-rakannya ketika membuat persembahan lagu terbarunya ‘Biar Apa Orang Kata’ turut mengundang kemarahan Dato Seri Vida (DSV).
Menerusi satu muat naik video terbarunya di Instagram, DSV berasa tidak berpuas hati dengan sikap produksi melayan penaja sedemikian rupa. Menerusi kenyataannya itu, DSV turut meluahkan rasa kesal terhadap pasangan hos program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Musekerana langsung tidak menegurnya.
Sedar akan teguran itu, nampaknya Nambil tidak menunggu lama untuk membidas. Dia membalasnya dengan kata-kata yang tidak kurang panasnya!

by Hangat.com